Thursday 8 December 2011

Faedah-Faedah Menggunakan Linux

susah tul nk buat post yang btul2 bermanfaat tuk korg...
xpe..kali nie aq ad article pasal linux yang bank faedahnye...
So kepada anda semua yang bercadang hendak menggunakan distro Linux seperti UbuntuLinux Mint,Pinguy OSZorin OS dan lain-lain lagi....
jom kte mentelaah fakta di bawah nie....


Antara faedah-faedah menggunakan Linux ialah:


1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Aku ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta:Keylogger bukan virus! . Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak 'semenggah' seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.


2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??


3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! 


4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. 


5. Tiada lagi Blue Screen of  Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami 'kekejangan misteri' seperti Windows.




6. Restart = Tak Perlu: Lepas pasang sesuatu perisian pada Windows, anda perlu mulai semula (restart) komputer anda. Jika anda melakukan kemaskini kepada sistem anda, anda perlu mulai semula juga. Ketika sistem anda kelihatan mula goyah, pening, mual, atau menunjukkan tanda-tanda 'hang', silalah mulai semula untuk menjadikan keadaan 'segar' semula. Situasi ini tidak akan berlaku kepada Linux. Titik noktah.


7. Perisian Windows Tanpa Windows: Ini satu lagi persoalan yang kerap ditanyakan. "Bolehkah saya menjalankan perisian Windows pada Linux?". Jawapannya boleh. Kita ada WINE (Wine Is Not Emulator), Crossover (Pro), dan Playonlinux untuk memasang permainan Windows yang dijalankan melalui Wine juga. Cuma nasihat aku satu sahaja, dah gunakan Linux, tak salah untuk kita embrace teknologi dengan menggunakan kesemua sumber teknologi yang ada, termasuklah perisian-perisian Windows. Tetapi lebih baik jika anda kuasai perisian-perisian yang diciptakan khas untuk Linux. Dengan cara ini anda tidak akan mudah panik apabila memerlukan sesuatu perisian yang ada pada Windows untuk menyiapkan kerja. Sekali-sekala guna ok la!


8. Ratusan Perisian dan Permainan Percuma: Anda bosan dengan apa yang ada? Mahu memasang perisian baru? Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.


9. Perisian-perisian Terbina Dalam: Apabila anda memasang semula Windows, perkara kedua setelah memasang pemacu ialah memasang pula perisian-perisian asas dan penting, contohnya perisian pejabat, pelayar web, pengurus arkib dan sebagainya. Ini sekali lagi tidak perlu dilakukan dalam Linux, kerana semuanya sudah cukup, lengkap, dan tersedia. Kita ada Libre Office untuk perisian pejabat menggantikan Microsoft Office, Firefox untuk pelayar web, Totem Movie Player untuk memainkan video, Banshee atau Rhythmbox untuk memainkan muzik dan pelbagai lagi!


10. Hidupkan Komputer Lama!: Komputer dengan spesifikasi lama memang 'menyedihkan' apabila ia dilengkapi dengan Windows. Jika anda mahu kemaskini kepada yang lebih baru contohnya migrasi dari Windows XP kepada Windows 7, anda boleh ucapkan kirim salam sayang lagi sedih kepada Windows 7 kerana spesifikasi yang tidak mencukupi. Dengan Linux, untuk tampilan desktop yang kelihatan lebih moden sekalipun anda boleh pasangkannya kerana keperluan minimum untuk Linux adalah benar-benar minimum dalam erti kata yang sebenar!


11. 3D Desktop: Mungkin ada perisian yang mampu menjadikan desktop Windows kepada suasana 3D contohnya Deskspace, tetapi ia masih terdapat kekurangan, iaitu masih perlu dibeli, dan tidak secantik kesan visual COMPIZ pada Linux! Oh ya. Compiz itu percuma pula! Kesan visual yang boleh dibuat menggunakan Compiz juga adalah lebih banyak dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan pengguna.




ok that all tentang faedah2 linux...
arap korang lbih berminat mencuba ataupun balaja ape2 distro linux lepas nie!!....




sumber dari myhackersarehere

No comments:

Post a Comment